Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan Hari Gawai lambang perpaduan masyarakat Sarawak
  • TEMPATAN

Sambutan Hari Gawai lambang perpaduan masyarakat Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang bersama tetamu jempatan lain meminum ‘ai ansah’ semasa Majlis Para Gawai DUN Tanjong Batu 2025 di Bintulu, malam tadi. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Komuniti Dayak terus memainkan peranan penting dalam membina Sarawak menerusi kekuatan dan komitmen terhadap perpaduan serta kemajuan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, sambutan Hari Gawai bukan sekadar meraikan warisan budaya, malah menjadi simbol penghargaan terhadap sumbangan besar masyarakat Dayak kepada pembangunan negeri.

“Masyarakat Dayak dikenali dengan kekuatan, kerendahan hati dan dedikasi. 

“Mereka memainkan peranan penting dalam membentuk Sarawak dan malam ini, kita raikan tradisi dan sumbangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Para Gawai DUN Tanjong Batu 2025 anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Putrajaya dan Taman Tinggi yang berlangsung di sebuah restoran di sini, malam tadi.

ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang berucap pada Majlis Para Gawai DUN Tanjong Batu 2025 di sebuah restoran di Bintulu, malam tadi. Foto: Carolyne Utih

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan sebenar Sarawak terletak pada perpaduan rakyatnya yang berbilang kaum dan latar belakang.

“Kita mungkin bertutur dalam bahasa yang berbeza atau berasal daripada tradisi yang berbeza, tetapi seperti yang sering ditegaskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg , kita semua adalah Anak Sarawak. Tiada siapa yang akan dipinggirkan.

“Perpaduan adalah aset terbesar kita. Berganding bahu dan bersatu hati, bersama-sama kita mampu membina Sarawak yang lebih baik untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Kata beliau lagi, inisiatif kerajaan seperti pendidikan tinggi percuma, insentif kelahiran, Kad Emas Kenyalang serta pembangunan dalam bidang tenaga hidrogen dan tenaga boleh diperbaharui adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat secara inklusif.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Finas, delegasi Indonesia bincang kerjasama produksi filem di Cannes
Next: Sarawak komited sokong reformasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.