Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ahli PRS Simanggang perlu tonjolkan semangat GPS
  • TEMPATAN

Ahli PRS Simanggang perlu tonjolkan semangat GPS

Utusan Sarawak 22 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie merasmikan Majlis Mantar Gawai PRS Simanggang di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini malam tadi. Foto Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Ahli-ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Simanggang perlu sentiasa menonjolkan semangat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang utuh, walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang diperuntukkan kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). 

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata GPS yang dibentuk melalui empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), SUPP dan PRS itu yakin akan terus mendapat sokongan padu daripada rakyat negeri ini.

“Kita adalah satu keluarga dalam komponen GPS, maka sokongan padu dan tidak berbelah bahagi perlu kita berikan.

“Komponen parti dalam GPS perlu terus meningkatkan kerjasama serta berdiri teguh di belakang GPS bagi mempertahankan parti ini terus kekal utuh dan meneruskan rekod cemerlang pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Mantar Gawai PRS Simanggang di salah sebuah hotel terkemuka malam tadi.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie memeriahkan Majlis Mantar Gawai PRS  Simanggang di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini malam tadi. Foto Pejabat Ahli Parlimen Sri Aman

Doris berkata majlis yang bertemakan ‘Berserakup, Segulai Sejalai Nuju Era Baru’ itu disifatkan amat bertepatan kerana ia menggambarkan semangat perpaduan dan kekitaan yang sangat penting dalam menghadapi arus pembangunan pesat di Sarawak masa kini.

Antara pengisian sepanjang majlis tersebut ialah ‘Pekit Ngirup Ai Tuak’, ‘Ngirup Ai Pengayu’, persembahan oleh Sayap Wanita PRS Bahagian Simanggang serta nyanyian daripada artis-artis terkenal anak jati Sri Aman seperti Ricky Ribut, Josie Menti, Donny Edward dan bintang kecil Aldrich K. L. Kanang.

Majlis disempurnakan dengan simbolik ‘Menganchau Tikai’ dan pukulan gong sebanyak tujuh kali oleh Doris selaku tetamu kehormat.

Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Pemuda PRS Simanggang, Audie Samuel.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Peter Nyomek, Roseline Neging dan Susan Clement.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan Batang Rajang dinamakan sempena tokoh negarawan Sarawak, Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang
Next: Finas, delegasi Indonesia bincang kerjasama produksi filem di Cannes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.