Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Maklumat awam bantu polis tahan suspek pecah rumah di Sibu
  • JENAYAH

Maklumat awam bantu polis tahan suspek pecah rumah di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
 SUSPEK bersama barangan curi ditahan di Kampung Bahgia Teku, semalam. Foto PDRM Sibu

SIBU: Hasil maklumat orang awam telah membawa kepada penangkapan seorang lelaki bersama beberapa barangan dipercayai dicuri dalam satu serbuan di Kampung Bahagia Jaya Teku, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, barangan tersebut disyaki berkaitan dengan satu kejadian pecah rumah yang berlaku baru-baru ini.

“Bertindak atas maklumat awam, unit peronda kami berjaya mengesan dan menahan suspek semasa pemeriksaan rutin. Beberapa barangan dipercayai hasil curi turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sungai Merah untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” tambah beliau.

ACP Zulkipli turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama yang diberikan dalam membantu pihak polis.

“Kejayaan tangkapan ini mencerminkan kepentingan penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Spike in commercial crimes hits Kuching as police urge public cooperation
Next: Imigresen serbu pusat hiburan tawar tarian ala Bollywood

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.