Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Organisasi mampan perlukan kerjasama, visi jelas
  • TEMPATAN

Organisasi mampan perlukan kerjasama, visi jelas

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis merasmikan majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Persatuan Klan Chang Simanggang dan majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2024-2026, semalam. -Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Sikap bekerjasama, berpandangan jauh dan ingin maju merupakan ciri-ciri penting memantapkan sesebuah organisasi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata sekiranya sesebuah organisasi tidak mempunyai ciri-ciri itu, secara tidak langsung mencerminkan ahlinya tidak bekerjasama, tidak berpandangan jauh dan tidak dapat maju ke hadapan.

“Justeru, saya minta organisasi terbabit menepis sikap itu sekiranya ingin maju,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Persatuan Klan Chang Simanggang dan majlis angkat sumpah ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2024-2026, semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menyampaikan penghargaan kepada penganjur atas kejayaan mengumpulkan ahli Persatuan Klan Chang dari pelbagai kawasan. 

Beliau menekankan bahawa hala tuju persatuan seperti ini adalah penting untuk membentuk satu komuniti yang saling membantu serta mampu menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Hala tuju berpersatuan adalah sebagai platform sekumpulan orang yang sama fahaman untuk mengeratkan perhubungan sesama ahli di samping bersedia membantu ahli dalam aspek kebajikan, ekonomi dan kemajuan pendidikan agar dapat bersama maju dalam kehidupan,” katanya. 

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan pertandingan nyanyian yang disertai peserta daripada kalangan ahli persatuan. Pertandingan tersebut menawarkan hadiah menarik dan menjadi tarikan utama sambutan kali ini. 

Sebagai tanda sokongan, Harden turut meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Klan Chang Simanggang dan menyempurnakan penyerahan replika cek kepada pengerusi persatuan Chong Kui Min. 

Seramai 400 tetamu hadir memeriahkan majlis, termasuk ahli-ahli Persatuan Klan Chang dari seluruh Sarawak dan Sabah. Acara ini merupakan platform penting bagi mengeratkan hubungan antara ahli serta bertukar pandangan demi kemajuan bersama dalam aspek kebajikan, ekonomi dan pendidikan. 

Turut hadir ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, Presiden Kehormat Persekutuan Klan Chang Sarawak Tan Sri Datuk Tiong Su Kuok serta barisan pengerusi dan wakil persatuan Klan Chang dari seluruh Sarawak dan Sabah termasuk dari Tawau dan Keningau, Sabah.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warga emas sambut baik inisiatif KGC
Next: 1,800 orang bakal sertai Niti Daun Dayak Daerah Subis 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.