Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terap generasi muda dengan didikan agama
  • TEMPATAN

Terap generasi muda dengan didikan agama

Utusan Sarawak 13 hours ago
KETIBAAN Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan disambut penuh meriah pada Majlis Makan Malam Badudun Bersama Anak-anak Jati Lawas Bintulu di sebuah hotel di Bintulu, malam tadi. Foto: Carolyne Utih

BINTULU: Golongan muda perlu dibekalkan dengan pendidikan agama dan jati diri yang kukuh sebagai benteng pertahanan daripada pengaruh negatif media sosial.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, peranan ibu bapa dan masyarakat amat penting dalam membentuk sahsiah generasi muda agar tidak terpengaruh dengan gejala yang boleh merosakkan masa depan negara.

“Anak-anak kita perlu dilengkapi dengan ajaran agama dan nilai keperibadian yang tinggi sebagai benteng daripada pengaruh luar. 

“Jika tidak dibimbing dengan betul, mereka mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang merosakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Badudun Bersama Anak-anak Jati Lawas Bintulu di sebuah hotel, malam tadi.

Awang Tengah turut menggalakkan warga anak jati Lawas yang telah menetap di Bintulu supaya memanfaatkan peluang pembangunan pesat yang sedang berlaku di bandar tersebut.

“Ramai anak jati Lawas telah menetap di Bintulu sejak sekian lama.

“Kita perlu menggunakan peluang penghijrahan ini untuk memperbaiki kehidupan dan menyumbang kepada pembangunan kawasan ini yang kini dikenali sebagai bandar perindustrian,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Blue Lake Apartment bakal jadi mercu tanda baharu di Tasik Biru
Next: Ibu bapa tonggak utama didikan anak di luar waktu sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.