Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak komited perkasa kepimpinan digital
  • TEMPATAN

Sarawak komited perkasa kepimpinan digital

Utusan Sarawak 12 hours ago
MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berucap semasa Program Sarawak Leadership Talk di Auditorium Sarawak Skills, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak komited menerajui masa depan digital yang inklusif dan progresif melalui kepimpinan berwawasan dan pelaksanaan dasar-dasar berimpak tinggi.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menegaskan bahawa Sarawak kini tidak hanya mengejar arus kemajuan digital, tetapi berazam untuk menjadi pencetus kepada transformasi digital di rantau ini.

“Kepimpinan dalam dunia yang pantas berubah hari ini bukan sekadar visi, tetapi memerlukan tindakan, penyesuaian dan keberanian untuk berinovasi,” katanya berucap semasa Program Sarawak Leadership Talk di Auditorium Sarawak Skills, hari ini.

Beliau menambah, Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik dalam memacu transformasi digital negeri melalui Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022, yang merangkumi 47 tindakan dalam sembilan sektor utama.

Jelasnya, antara inisiatif penting ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan  Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Digital Village untuk melatih belia dan menyokong startup, serta penubuhan Integrated Talent Development Agency (INTA) bagi menyelaraskan pendidikan dengan keperluan industri.

“Kerajaan juga melaksanakan Program Digital Inklusiviti untuk memperluas akses teknologi ke kawasan luar bandar melalui bilik darjah pintar dan capaian internet.

“Ini termasuk memperkenalkan Sarawak ID dan rangka kerja data sumber terbuka bagi meningkatkan kecekapan, ketelusan dan kemudahan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa teknologi sahaja tidak mencukupi tanpa kepimpinan yang etikal, inklusif dan berpandangan jauh.

Oleh itu, kementeriannya komited untuk membentuk pelajar berfikiran kritikal, kreatif dan celik Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: STEM CATALYSTS tarik minat belajar generasi muda
Next: Blue Lake Apartment bakal jadi mercu tanda baharu di Tasik Biru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.