Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan, cubaan ceroboh kedai besi buruk gagal
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan, cubaan ceroboh kedai besi buruk gagal

Utusan Sarawak 2 days ago
SUSPEK ditangkap selepas disyaki menceroboh sebuah kedai besi buruk di Batu 8, Jalan Muara Tuang, awal pagi tadi.

KUCHING: Tiga lelaki ditahan selepas disyaki menceroboh sebuah kedai besi buruk di Batu 8, Jalan Muara Tuang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Damaterius Lautin, berkata penahanan dilakukan oleh anggota Unit Rondaan Pencegahan Jenayah dari Balai Polis Kota Samarahan yang terserempak dengan ketiga-tiga suspek ketika mereka keluar dari premis berkenaan sekitar 12.45 tengah hari.

“Hasil soal siasat awal mendapati mereka mengaku baharu keluar dari premis tersebut dengan niat untuk mencuri,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Damaterius Lautin, memaklumkan bahawa tiada sebarang barang dicuri dan tiada rampasan dibuat kerana suspek belum sempat melakukan kecurian.

Pihak polis, katanya lagi, sedang menjalankan siasatan lanjut dan usaha menghubungi pemilik premis sedang dilakukan bagi membantu siasatan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: The many successful raids of Sarawak PGA
Next: Pemandu lori terlibat kemalangan maut sembilan anggota FRU direman empat hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.