Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Presiden ABAS, Sunny Si Poh Heng terima Anugerah Kepimpinan Sukan Kebangsaan 2024
  • SUKAN

Presiden ABAS, Sunny Si Poh Heng terima Anugerah Kepimpinan Sukan Kebangsaan 2024

Utusan Sarawak 15 hours ago
TAHNIAH…Sunny Si Poh Heng bersama Anugerah Kepimpinan Sukan Kebangsaan.

KUCHING: Presiden Persatuan Boling Tenpin Amatur Sarawak (ABAS), Sunny Si Poh Heng sekali lagi mencipta sejarah untuk sukan boling tenpin Sarawak apabila menerima Anugerah Kepimpinan Sukan Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2024 yang berlangsung di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor, hari ini.

Selepas menjadi anak Sarawak pertama yang dilantik sebagai Timbalan Presiden Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) pada September tahun lalu, Si turut mencipta sejarah sebagai presiden ABAS pertama yang menerima Anugerah Kepimpinan Sukan Kebangsaan yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeo Tseow Suan pada majlis tersebut.

TAHNIAH…Sunny Si Poh Heng menerima anugerah daripada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh.

“Saya amat berbesar hati dan bangga kerana telah dicalonkan untuk Anugerah Kepimpinan Sukan Kebangsaan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) atas pencalonan yang penuh bermakna ini serta kepada Majlis Sukan Negara (MSN) atas pengesahan dan penerimaan mereka,” katanya ketika ditemui media.

Tambah beliau, pengiktirafan ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu dan galakan berterusan daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) serta Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) yang terus komited membangunkan sukan dan kepimpinan yang memberi inspirasi kepada rakyat di seluruh negara.

“Saya menerima anugerah ini bukan sebagai penghargaan peribadi tetapi sebagai penghormatan kepada segala usaha tanpa jemu semua yang telah bersama saya dalam perjalanan ini seperti para mentor, rakan seperjuangan, atlet, dan sukarelawan.

“Anugerah ini menjadi peringatan berharga kepada komitmen bersama dalam memperkasa sukan Malaysia berasaskan integriti, keterangkuman, dan kepimpinan yang berpandangan jauh,” ujarnya.

RAKAMAN gambar kenangan bersama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Beliau telah menerajui ABAS sejak 1988 dan kini berkhidmat sebagai Timbalan Presiden MTBC sejak 2024, selepas pernah menjadi Naib Presiden dari 1996 hingga 2004.

Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Pengurusan Perbadanan Sukan Sarawak sejak 2016 dan ahli Jawatankuasa Pengurusan MSNS dari 2008 hingga 2017.

Di peringkat kebangsaan, beliau pernah bertugas sebagai pegawai teknikal dan pengurus pasukan ke temasya Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

Beliau juga merupakan penolong ketua kontinjenuntuk boling tenpin dari Sukma V (1994) hingga Sukma XXI (2024).

Oleh Masrin Affirah

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Zii Jia jangka kembali beraksi di Terbuka Jepun 2025
Next: Penyerang Forest koma selepas pembedahan – laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.