
SARIKEI: Warga sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Lik gempar dengan kehadiran seekor ular tiung cincin emas di bilik guru, tingkat satu pada pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.54 pagi.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Unjah Janggau bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba menjalankan operasi menangkap ular,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang enam minit.
“Operasi menangkap ular selesai sepenuhnya pada 7.09 pagi.
“Ular tesebut telah dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya.
Oleh Earl Anek