Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 13 Maut dalam letupan peluru di Indonesia
  • GLOBAL

13 Maut dalam letupan peluru di Indonesia

Utusan Sarawak 1 day ago
BEBERAPA ambulans bersedia untuk membawa mangsa letupan keluar dari lokasi kejadian di daerah Garut, Jawa Barat, Indonesia. Foto Polis Garut

JAKARTA: Seramai 13 orang termasuk empat anggota tentera maut dalam insiden letupan semasa pemusnahan peluru tamat tempoh di Wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut pihak berkuasa.

Letupan itu berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan pada Isnin di kawasan terpencil di Daerah Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh Tentera Darat Indonesia.

Ketua Pusat Penerangan TNI Angkatan Darat, Brig Jen Kristomei Sianturi berkata semua mangsa telah dibawa keluar dari lokasi kejadian di Kampung Sagara, Cibalong dan dihantar ke Hospital Pameungpeuk untuk proses bedah siasat.

Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan pihak berkuasa terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhuatiri masih terdapat bahan letupan lain yang belum dimusnahkan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: 2.1 Juta penduduk Gaza kebuluran akibat sekatan
Next: Presiden Rusia gesa perkukuh hubungan dengan dunia Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.