Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ibu bapa disaran main peranan jayakan PLKN 3.0
  • SEMASA

Ibu bapa disaran main peranan jayakan PLKN 3.0

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PARA pelatih wanita hadir pada sesi pendaftaran bagi mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah semalam. Foto Bernama

KUALA LIPIS: Ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai penjaga untuk mengingatkan anak mereka agar segera mendaftar bagi menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, ini kerana pihaknya mendapati masih ada dalam kalangan mereka yang terpilih belum berbuat demikian walaupun sedia maklum mengenai hal itu.

“Kalau kita lihat pendaftaran yang kita sasarkan adalah sekitar 550 pelatih PLKN melibatkan 350 lelaki dan 200 wanita tetapi sehingga semalam, hanya 206 pelatih lelaki dan 138 pelatih wanita yang mendaftar.

“Saya menyeru bukan sahaja pelatih tetapi ahli keluarga juga harus mengambil tanggungjawab bagi memastikan program berkenaan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi siri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan kebajikan dan menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pahang menerusi Program Peduli Veteran Madani di Kampung Bapong di sini hari ini. 

Sepanjang program dua hari itu, Adly dijadual bertemu 14 veteran ATM di Raub serta 16 di Kuala Lipis dan dua daripada mereka adalah usahawan.

Beliau turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada tiga balu yang mewakili suami masing-masing dan sumbangan peralatan perniagaan kepada usahawan veteran ATM.

Adly juga berkata pelatih yang terpilih namun belum melaporkan diri masih berpeluang berbuat demikian di kem yang ditetapkan hingga 16 Mei ini.

“Kita harap mereka yang sudah terpilih melaksanakan pendaftaran kerana kita tahu ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memberikan latihan kepada generasi muda.

“Program PLKN ini amat penting untuk meningkatkan jati diri dan menyedarkan mereka akan kepentingan menjalankan tanggungjawab kepada negara,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga individu yang mendaftar secara sukarela bagi mengikuti PLKN namun pihaknya memberi keutamaan kepada mereka yang terpilih sebelum melaksanakan sebarang penggantian.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hari Jururawat Sedunia 2025: Seruan perkukuh sokongan, kebajikan jururawat
Next: ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.