Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pertandingan kaligrafi bahasa Cina meriahkan Hari Wesak
  • SEMASA

Pertandingan kaligrafi bahasa Cina meriahkan Hari Wesak

Utusan Sarawak 12 hours ago
ADIK Jonathan Jau Josni tahun 6 dari SJKC Sg Jaong satu-satunya murid Bumiputera dan dua rakannya berbangsa Cina yang mewakili sekolah untuk pertandingan kaligrafi bahasa Cina. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Sempena sambutan Hari Wesak, Persatuan Buddha Marudi mengadakan pertandingan kaligrafi bahasa Cina dan mewarna untuk murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) diadakan di Dataran Marudi.

Sambutan menggalakkan dan dianggarkan lebih 50 peserta menyertai pertandingan mewarna dan lebih 10 peserta menyertai pertandingan kaligrafi bahasa Cina.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori dan sekolah yang mengambil bahagian ialah SJKC Sungai Jaong, SJKC Chung Hua, Tadika Methodist dan Tadika Yuk Ing.

Pihak pengelola Persatuan Buddha Marudi memberitahu pertandingan kaligrafi dan pertandingan mewarna diadakan setiap tahun bagi menyambut perayaan Wesak sambil merapatkan tali perpaduan antara kaum terutama bagi murid-murid Bumiputera dan berbangsa Cina.

Selain itu, sambutan pertandingan kaligrafi tahun ini mendapat sambutan baik daripada murid-murid Bumiputera di mana penyertaan mereka ini dapat mempertingkatkan mutu penulisan dalam bahasa Cina.

Oleh Jiku Juguong

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hari Wesak angkat nilai belas ihsan – PM Anwar
Next: Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, bijaksana, aman dan harmoni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.