Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arnold diejek penyokong Liverpool
  • SUKAN

Arnold diejek penyokong Liverpool

Utusan Sarawak 13 hours ago

Alexander-Arnold diejek penonton ketika namanya dimasukkan sebagai pemain gantian. - Foto AFP

LIVERPOOL: Trent Alexander-Arnold diejek oleh penyokong Liverpool semasa keputusan seri 2-2 menentang Arsenal awal pagi tadi dengan Andrew Robertson mengakui bahawa ia sesuatu yang “tidak menyenangkan” mendengar ejekan terhadap rakan sepasukannya itu dalam penampilan pertamanya sejak mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan juara bertahan pada penghujung musim ini.

Pemain bek kanan Liverpool itu mengesahkan pemergiannya pada hari Isnin, menjelang perpindahan yang sudah dijangka iaitu ke Real Madrid.

Dalam perlawanan pertamanya di hadapan penyokong Liverpool di Anfield sejak mengumumkan keputusan untuk meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya, bintang England kelahiran Merseyside itu menerima ejekan yang jelas kedengaran ketika dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-67 menentang Arsenal.

Namun, terdapat juga beberapa sorakan daripada penyokong kepada pemain berusia 26 tahun itu, produk akademi belia Liverpool, dan memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Liga Juara-Juara (UCL) bersama The Reds.

Bagaimanapun, dia diejek beberapa kali semasa mengawal bola pada separuh masa kedua, ketika Arsenal bangkit daripada ketinggalan dua gol walaupun beraksi dengan 10 pemain selepas Mikel Merino dilayangkan kad merah pada penghujung permainan.

Pengurus Liverpool, Arne Slot, sebelum perlawanan berkata, bahawa dia tidak akan memberitahu penyokong bagaimana mereka sepatutnya bertindak balas terhadap pengumuman Alexander-Arnold itu.

Slot menggugurkan Alexander-Arnold daripada kesebelasan utama dan memberi peluang kepada pemain berusia 21 tahun, Conor Bradley, sebagai langkah ke arah masa depan.

Pemain muda dari Ireland Utara yang sangat dipandang tinggi itu dianggap sebagai pengganti kepada Alexander-Arnold, dan namanya dilaungkan oleh penyokong sepanjang perlawanan.

“Terdapat banyak emosi yang di sekelilingnya,” kata Robertson mengenai ejekan terhadap Alexander-Arnold.

“Bagi Trent, ia bukan sesuatu yang mudah. Sudah tentu tidak. Tetapi dia sudah membuat keputusan itu.

“Melihat seorang rakan diejek bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Tetapi seperti yang saya katakan, kita tidak boleh memberitahu orang bagaimana untuk bertindak.

“Saya tak dapat gambarkan perasaan saya tentang perkara itu. Saya amat berbangga dengannya. Saya sayangkan dia sebagai pemain dan sebagai sahabat. Dia akan dirindui, kerana dia adalah salah seorang sahabat terbaik saya dalam sukan ini.”

Sementara itu Slot memilih untuk mengambil pendekatan berhati-hati antara menyokong Alexander-Arnold dan tidak menyinggung perasaan penyokong Liverpool. – AFP

Continue Reading

Previous: Rebut peluang timba ilmu di Kem Wushu Mukah 2025
Next: Bentuk generasi muda berdisiplin, berkeyakinan tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.