Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Hari Wesak angkat nilai belas ihsan – PM Anwar
  • SEMASA

Hari Wesak angkat nilai belas ihsan – PM Anwar

Utusan Sarawak 11 hours ago
FOTO Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wesak merupakan peringatan penting yang mengangkat nilai-nilai universal seperti belas ihsan, kerukunan dan kedamaian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusannya sempena Hari Wesak hari ini, Anwar berkata di Malaysia, sambutan itu menyentuh hati nurani masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan nilai karamah insaniah serta mengangkat prinsip saling menghormati dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

“Justeru, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum,” katanya.

Hari Wesak disambut penganut agama Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Siddhartha Gautama Buddha, iaitu kelahiran, penyedaran dan hari dia meninggal dunia. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Wesak
Next: Pertandingan kaligrafi bahasa Cina meriahkan Hari Wesak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.