Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud
  • JENAYAH

Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud

Utusan Sarawak 23 hours ago
KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad (kanan). -Foto Bernama

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan seorang guru berusia 47 tahun mengalami kerugian RM511,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan menerima laporan daripada mangsa semalam, yang memaklumkan dia diperdaya sindiket terbabit.

“Menurut mangsa, dia melihat satu iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham melalui aplikasi Facebook pada Februari lepas, dan mula berhubung dengan suspek di aplikasi WhatsApp sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan itu. 

“Dalam kumpulan itu, mangsa diberi penerangan secara terperinci mengenai pelaburan yang ditawarkan dan tertarik untuk melabur kerana ia menjanjikan keuntungan tinggi daripada wang modal yang dilaburkan dalam masa singkat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Hamzah berkata mangsa kemudian diminta memuat turun satu aplikasi melalui pautan yang diberikan untuk mendaftarkan keahlian, seterusnya membuat 12 transaksi ke tiga akaun bank berbeza.

Beliau berkata mangsa menyedari dirinya diperdaya sindiket itu selepas gagal mengeluarkan wang modal dan keuntungan melalui pautan yang diberikan, dan tampil membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bomba selamatkan 18 mangsa terperangkap kejadian kepala air di Hulu Langat
Next: Setiausaha Politik buat laporan polis terhadap hantaran hina Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.