Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Isu autonomi Sarawak tidak perlu dibawa ke Parlimen
  • SEMASA

Isu autonomi Sarawak tidak perlu dibawa ke Parlimen

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO…..Dikongsi dalam catatanya yang menggariskan pindaan perlembagaan utama yang diluluskan pada 2022 berkaitan MA63. 
 

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee menegaskan bahawa isu berkaitan autonomi Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak perlu dibawa semula ke Parlimen, sebaliknya tumpuan harus diberikan kepada pelaksanaan perkara-perkara yang telah dipersetujui.

“Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan autonomi Sarawak di bawah MA63 terus diperkatakan. Mungkin ada yang terlupa bahawa pindaan Perlembagaan telah pun dibuat dan berkuat kuasa pada 11 Februari 2022,” katanya menerusi satu catatan di Facebook, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut berkongsi foto yang memperincikan pindaan perlembagaan utama yang telah diluluskan pada 2022 berkaitan MA63.

Antara pindaan tersebut ialah takrifan semula “Persekutuan,” pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah Borneo, penetapan rasmi tarikh Hari Malaysia, serta peruntukan yang melibatkan masyarakat asli di kedua-dua negeri berkenaan.

Terdahulu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa usaha Sarawak untuk mendapatkan autonomi yang lebih besar, termasuk kawalan terhadap sumber minyak dan gas, perlu dibawa ke Parlimen dan bukannya dilakukan melalui rundingan di belakang tabir.

Dr Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa dalam sistem persekutuan, dasar nasional harus diberi keutamaan berbanding tuntutan negeri, sambil menekankan pentingnya pengagihan kekayaan yang saksama antara negeri-negeri kaya dan miskin.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 200 Pelatih wanita teruja mulakan latihan PLKN 3.0
Next: Jalinkan kerjasama erat dengan agensi kerajaan tangani cabaran sektor pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.