Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ibu tunjang utama corak generasi berakhlak, berilmu – PM Anwar
  • SEMASA

Ibu tunjang utama corak generasi berakhlak, berilmu – PM Anwar

Utusan Sarawak 1 day ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Allahyarham ibunya, Che Yan Hamid Hussein, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seorang anak perempuannya. Foto Facebook PM Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh kaum ibu yang menjadi asas kepada lahirnya keluarga dan masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani,” katanya.

Perdana Menteri turut memuat naik gambar beliau bersama Allahyarham ibunya, Che Yan Hamid Hussein, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seorang anak perempuannya.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.

– Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SUPP cadang Kerajaan Persekutuan nilai semula sistem cukai negara
Next: TPM, menteri Kabinet seru hargai dan raikan ibu selagi ada  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.