Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek SSLR bakal ubah landskap pekan Medamit
  • SEMASA

Projek SSLR bakal ubah landskap pekan Medamit

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah memeriahkan Majlis Penangguhan Bazar Gawai Medamit 2025 di Dewan Terbuka Medamit. Foto: Adeng Idrus

LIMBANG: Pelaksanaan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) melintasi pekan Medamit bakal mengubah landskap kemajuan dan ekonomi penduduk di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, projek SSLR menghubungkan Miri, Limbang, Lawas dan Sabah tanpa melalui Brunei sedang rancak dilaksanakan membuka potensi ekonomi lebih luas penduduk pada masa akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata rakyat luar bandar di kawasan itu kini turut menikmati pelbagai projek pembangunan seperti mana yang dirancangkan sebelum ini.

“Medamit punya potensi luas, jika SSLR ini dapat melintasi kawasan medamit dan sekitarnya, ia bakal menjadi satu pekan kecil yang akan berkembang. Oleh itu, pembinaan laluan ini dirancang kerajaan awal.

“SSLR dan projek pembangunan lain dilaksanakan untuk membangunkan pekan kecil kita di Limbang ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Bazar Gawai Medamit 2025 di Dewan Terbuka Medamit malam tadi.

Kata Hasbi lagi, kerja pembinaan jambatan di bawah pakej SSLR di kawsan itu juga hampir siap dan membuka akses jalan raya yang lebih baik di kawasan pedalaman selain projek jalan raya lain.

Projek SSLR ini merangkumi beberapa fasa iaitu SSLR dari pekan Medamit ke Rumah Thaddeus, Brunei dan Lawas yang kini sedang rancak dilaksanakan.

Selain SSLR, antara projek pembangunan yang sudah siap dibina adalah Anjung Usahawan, Tebingan Sungai Pekan Medamit dan beberapa projek lain.

Landskap baharu ini tambahnya, bakal menjadikan pekan Medamit lebih meriah dan menjadi salah satu simbolik pembangunan kawasan luar bandar.

Oleh Adeng Idrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TH perkenal tablet digital laksana program Ziarah Rahmah
Next: SUPP cadang Kerajaan Persekutuan nilai semula sistem cukai negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.