Hakim Danish naik podium di Litar Le Mans

Facebook
WhatsApp
PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli.

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli kekal konsisten dengan mengakhiri pusingan kedua MotoGP saingan Rookies Cup di kedudukan kedua di Litar Le Mans, Perancis tengah malam tadi.

Pada Perlumbaan Satu itu, Hakim Danish memulakan perlumbaan di petak pertama bagaimanapun dikenakan long lap penalty yang menyaksikan beliau tercampak ke kedudukan kelima buat seketika, sebelum bangkit dengan tunggangan mengagumkan untuk mengejar kelompok hadapan.

Pelumba berusia 16 tahun itu hanya dipisahkan 0.401 saat (s) di belakang pelumba Sepanyol, Brian Uriarte yang memenangi saingan dengan catatan masa 17:31.903s.

Tempat ketiga menjadi milik penunggang Itali, Giulio Pugliese (17:37.973s).

Terdahulu, perlumbaan 15 pusingan itu terpaksa dihentikan ketika berbaki empat pusingan ekoran insiden kemalangan membabitkan tiga pelumba hingga menyebabkan bendera merah dikibarkan marsyal perlumbaan. 

Ia merupakan kedudukan kedua kali ketiga berturut-turut buat anak jati Kuala Terengganu itu sepanjang saingan Rookie Cup musim ini.

“Saya sudah buat sehabis baik walaupun kena penalti. Perlumbaan dua esok (Ahad) saya akan berikan yang terbaik, doakan saya,” katanya selepas perlumbaan malam tadi.

Keputusan dilakar semalam menyaksikan Hakim Danish kekal di kedudukan teratas keseluruhan pelumba dengan mengumpul 60 mata di depan Uriarte (50 mata) dan pelumba New Zealand, Carter Thompson (48 mata). – Bernama

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak