Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Lebih 600 atlet meriahkan Sports Synergy Carnival 2025
  • SUKAN

Lebih 600 atlet meriahkan Sports Synergy Carnival 2025

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Lebih 600 atlet daripada sembilan kontinjen yang bersaing dalam sembilan acara sukan memeriahkan Kejohanan Sukan Antara Universiti Awam dan Agensi Awam yang membuka tirainya hari ini.

Antara acara yang dipertandingkan pada edisi kedua Sports Synergy Carnival 2025 itu merangkumi bola sepak sembilan sebelah, bola jaring, bola tampar lelaki, dart berpasukan, tenpin boling lelaki dan wanita serta badminton kategori berpasukan lelaki, beregu wanita dan perseorangan wanita.

Kontinjen yang terlibat pula adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Karnival sukan dua hari sehingga esok itu dijalankan serentak di empat lokasi sekitar Lembah Klang, termasuk Kampus UTM Kuala Lumpur dan UM dengan sokongan 80 petugas sekretariat.

Saingan pada hari pertama kebanyakannya tertumpu kepada peringkat kumpulan, manakala aksi peringkat kalah mati disusuli final yang menjadi kemuncak karnival dijadual berlangsung esok. 

Dalam saingan bola tampar lelaki yang berlangsung di Pusat Sukan UM di sini, pasukan tuan rumah beraksi cemerlang apabila muncul juara Kumpulan B dan akan bertemu naib johan Kumpulan A UTM (B) JB pada aksi separuh akhir, manakala satu lagi aksi menemukan juara Kumpulan A HKL dan PULAPOL selaku naib johan Kumpulan B.

Di gelanggang bola jaring UTM Kuala Lumpur pula, saingan sengit menyaksikan MAIWP selaku juara Kumpulan A akan berdepan naib juara Kumpulan B HKL sementara Johan Kumpulan B UM akan bertemu naib juara Kumpulan A PULAPOL, masing-masing dalam aksi separuh akhir.

Selain bola tampar dan bola jaring, tujuh lagi acara sukan turut berlangsung meriah antaranya bola sepak sembilan sebelah di padang bola sepak UM, badminton (Majlis Sukan Negara Setiawangsa), tenpin boling (Endah Parade, Bukit Jalil) dan dart di UTM Kuala Lumpur.

“Karnival sukan ini memberi pengalaman berharga kepada pasukan kami apabila dapat bersaing dengan pasukan-pasukan handalan. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, karnival ini juga mengeratkan perpaduan dan silaturahim antara pengamal media dan pihak universiti serta agensi awam yang terlibat

“Saya berharap karnival sukan seperti ini boleh dijadikan contoh dan diperbanyakkan lagi atau mungkin boleh diangkat ke peringkat yang lebih tinggi,” kata ketua pasukan skuad bola tampar lelaki Bernama Syed Muhammad Zahid Makbul Wafa Syed Mohd Mumtaz Wafa ketika ditemui di sini.

Sports Synergy Carnival 2025 yang julung kali melibatkan penyertaan agensi awam dianjurkan UTM dengan kerjasama Pusat Sukan UM dan Bernama.

Sebagai rekod, UM sebelum ini muncul juara keseluruhan pada edisi pertama pada 2022.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pertandingan Badminton Berpasukan Sri Aman cungkil bakat baharu
Next: Masa depan Pearly Tan-M. Thinaah diketahui selepas Terbuka Thailand 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.