Ceramah keselamatan kebakaran tingkat kesedaran warga sekolah

Facebook
WhatsApp
MURID sekolah berpeluang belajar mengendalikan alat pemadam api dengan betul menerusi bimbingan anggota bomba. Foto BBP Bintangor 
 

JULAU: Seramai 53 orang murid, 20 orang guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Sengaih telah menyertai ceramah keselamatan kebakaran. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, program bermula pada 7.40 pagi, baru-baru ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap aspek keselamatan kebakaran.

“Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai bersama dua anggota bomba hadir bagi mengendalikan sesi ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api. 

“Selain itu, turut dijalankan adalah latihan pengungsian bangunan sekolah,” katanya ketika dihubungi. 

PBK I Haron Jenai menyampaikan ceramah tatacara keselamatan kebakaran di SK Nanga Sengaih. Foto BBP Bintangor

Tambahnya, pihaknya juga menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di sekolah tersebut. 

“Alhamdulillah, program berjalan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 

“Program diselesai sepenuhnya pada 3.17 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek

SOSMA bukan boleh dikenakan sewenang-wenangnya

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap semua jenis kesalahan jenayah