Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bomba tingkatkan rondaan, kekang pembakaran terbuka
  • TEMPATAN

Bomba tingkatkan rondaan, kekang pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan rondaan pembakaran terbuka di sekitar Taman Bintang. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Dalam usaha mencegah risiko kebakaran di musim kemarau, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan musim kemarau di sekitar Taman Bintang semalam. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, ia adalah bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka dijalankan oleh penduduk.

“Seramai tiga anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan di sekitar Taman Bintang bermula 6.00 petang hingga 6.30 petang. 

“Orang ramai diingatkan agar tidak menjalankan sebarang pembakaran terbuka, walaupun dalam skala kecil. Cuaca panas dan angin kencang boleh menyebabkan api merebak dengan pantas tanpa kawalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahmudin turut menasihatkan agar masyarakat menghubungi pihak bomba dengan segera jika ternampak sebarang tanda kebakaran atau aktiviti pembakaran terbuka di kawasan sekitar.

“Pembakaran terbuka bukan sahaja boleh merosakkan alam sekitar, malah memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk, khususnya golongan kanak-kanak dan warga emas,” ujarnya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 895 Beg sekolah disumbang kepada pelajar, ringankan beban ibu bapa
Next: Ceramah keselamatan kebakaran tingkat kesedaran warga sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.