Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut rempuh lori
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut rempuh lori

Utusan Sarawak 2 days ago
MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Datuk Marican Salleh, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal dari arah lampu isyarat Jalan Pelabuhan menuju ke Jalan Datuk Marican Salleh.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan, juga berusia dalam lingkungan 30-an,” katanya dalam satu kenyataan.

KEADAAN lori yang terlibat dalam kemalangan.

Katanya, akibat rempuhan tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dari Hospital Umum Sarawak.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian.

“Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Siasatan Trafik, Insp Mohd Rashdan Rosli di talian 013-6204758 / 082-259900 atau melaporkannya di balai polis berhampiran,” tambah beliau.

Beliau turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada, fokus semasa memandu dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Kami ingin mengingatkan para pemandu agar tidak mengendalikan kenderaan secara melulu atau berbahaya, kerana perbuatan sedemikian boleh mendatangkan risiko serius bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada pengguna jalan raya yang lain,” tegasnya.
Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pemandu lori terbabit nahas enam kenderaan di Lebuhraya Guthrie ditahan
Next: Mayat wanita, cucu lelaki ditemui di rumah kebun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.