Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Remaja hilang ke luar negara, cetus kebimbangan ibu
  • TEMPATAN

Remaja hilang ke luar negara, cetus kebimbangan ibu

Utusan Sarawak 2 days ago
MUHAMMAD Izzat Asnawai yang dilaporkan menghilangkan diri bersama teman wanita ke luar negara. Foto: Keluarga remaja lelaki

LIMBANG: Seorang remaja lelaki terbang ke luar negara bersama rakan perempuan pada Sabtu lepas telah mencetuskan kebimbangan seorang ibu di Limbang.


Hamidah Usop 44, ibu kepada remaja Muhamad Izzat Asnawai 21, dilaporkan berada di Kuala Lumpur bersama rakan perempuannya sebelum menaiki penerbangan ke luar negara  Sabtu lepas dan  tidak dapat dihubungi sehingga kini.


Menurut ibunya sebelum kejadian, anak sulung dari tiga beradik itu tidak pernah menceritakan hasratnya pergi ke luar negara dan hanya mengetahui keberadaan anaknya daripada keluarga rakan perempuannya yang turut berusaha mencari anak mereka.


“Hasil pemantauan dari Kamera Litar Tertutup (CCTV) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan maklumat daripada Jabatan Imigresen di sana berjaya mengesan anak saya bersama teman perempuannya telah menaiki penerbangan ke luar negara.


“Apa yang merisaukan kami sekeluarga, siapa yang membawa mereka ke sana dan menanggung perbelanjaan mereka disana memandangkan anak saya tidak mempunyai banyak wang untuk ke luar negara,” katanya ketika dihubungi media hari ini.


Beliau berkata mereka sekeluarga memohon bantuan pelbagai pihak demi keselamatan anaknya selain meminta anaknya pulang kepangkuan mereka.

“Ibu mana yang tidak sedih, Izzat tidak pernah menceritakan kepada kami dia ingin ke luar negara, bagaimanapun dia pernah meluahkan hasrat untuk berhenti kerja di sebuah kilang di Bintulu sebelum puasa lepas,” katanya lagi.


Sebelum ini kehilangan Izzat dan rakan perempuannya viral dalam media sosial selepas keluarga mereka memohon bantuan bagi mengesan kehilangan mereka.

Kedua-dua mereka kali  terakhir dikesan berada di kawasan Horizon Suites ,Selangor Sabtu lepas dan  tidak dapat dihubungi sejak 10.00 malam  pada hari yang sama.

Dua laporan polis telah dibuat terhadap kehilangan mereka.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SPANS bentang dasar baharu perkhidmatan awam kepada Tun Wan Junaidi
Next: Pantai Ria Tanjung Batu penuh sampah hanyut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.