Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • APMM tahan kapal tunda, gagal lapor pertukaran nakhoda
  • JENAYAH

APMM tahan kapal tunda, gagal lapor pertukaran nakhoda

Utusan Sarawak 2 days ago
LAPAN orang kru termasuk juragan yang berada di bedel tunda tersebut ditahan untuk siasatan lanjut. Foto: APMM Miri

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tunda setelah didapati gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan ketika berada di perairan Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad dalam satu kenyataan hari ini berkata, vesel itu ditahan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia dalam operasi bersepadu OP PERMAI 01/2019, OP NAGA TIMUR dan OP TIRIS 3.0 sekitar 1.40 petang, ketika berada pada kedudukan 10.7 batu nautika barat laut Kuala Bakam.

“Pemeriksaan mendapati kapal berkenaan mempunyai lapan orang kru termasuk juragan yang kesemuanya warga negara Indonesia berusia antara 26 hingga 57 tahun.

“Kesemua mereka kemudian ditahan dan diiring ke Jeti Kompleks Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Khairol berkata, kes ini disiasat lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal memaklumkan pertukaran nahkoda kepada pihak berkuasa pelabuhan.

Sementara itu,  beliau berkata APMM menegaskan komitmennya untuk terus menjalankan rondaan serta pemantauan bagi mencegah sebarang pelanggaran undang-undang dan jenayah maritim di perairan negara.

Justeru, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin membuat aduan berkaitan insiden maritim boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-649111, Maritim Sarawak (082-432544/082-432016) atau talian kecemasan 999.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Pengarah syarikat pemaju ditahan kemuka dokumen palsu projek bernilai RM162 juta
Next: Polis rampas dadah bernilai RM4.6 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.