Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengarah syarikat pemaju ditahan kemuka dokumen palsu projek bernilai RM162 juta
  • JENAYAH

Pengarah syarikat pemaju ditahan kemuka dokumen palsu projek bernilai RM162 juta

Utusan Sarawak 4 days ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kira-kira RM1.65 juta melibatkan pelaksanaan Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) bernilai kira-kira RM162 juta di Perak.

Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu ditahan pada 5.15 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Mac 2025 dengan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu kepada pihak bank bagi pengeluaran kira-kira RM1.6 juta, iaitu kemudahan pembiayaan bernilai RM69 juta yang diberikan oleh bank untuk melaksanakan projek tersebut,” kata sumber.

Beliau berkata lelaki itu kini direman lima hari hingga 11 Mei ini selepas Majistret Siti Roslizawati Mohd Zanin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ismail Sabri selesai beri keterangan hampir enam jam kepada SPRM
Next: APMM tahan kapal tunda, gagal lapor pertukaran nakhoda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.