Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ismail Sabri selesai beri keterangan hampir enam jam kepada SPRM
  • JENAYAH

Ismail Sabri selesai beri keterangan hampir enam jam kepada SPRM

Utusan Sarawak 4 days ago
Kenderaan yang dinaiki bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini, untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau. Foto: Bernama

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dirinya.

Beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 10.55 pagi dan dilihat meninggalkan bangunan tersebut kira-kira 5.00 petang selepas hampir enam jam memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat antara lain membabitkan perbelanjaan serta perolehan dana untuk promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata siasatan terhadap kes berkenaan masih berada di peringkat awal dan setakat ini telah mencapai tahap antara 15 hingga 20 peratus.

– Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki didakwa edar hampir 600kg dadah
Next: Pengarah syarikat pemaju ditahan kemuka dokumen palsu projek bernilai RM162 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.