Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anjung Usahawan Apau Koyan pacu ekonomi belia Sungai Asap
  • Utara
  • WILAYAH

Anjung Usahawan Apau Koyan pacu ekonomi belia Sungai Asap

Utusan Sarawak 2 days ago
ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon bersama wakil agensi berkaitan semasa lawatan tapak Projek Pusat Sehenti Anjung Usahawan Apau Koyan di Belaga semalam. -Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum.

BELAGA: Projek Pusat Sehenti Anjung Usahawan Apau Koyan dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat, khususnya dalam kalangan belia di kawasan Sungai Asap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, berkata projek ini merupakan salah satu inisiatif rakyat yang telah diluluskan oleh Premier Sarawak dan amat dinantikan untuk dilaksanakan.

“Dengan kerjasama padu daripada semua pihak, kami berharap projek ini dapat dilaksanakan segera demi memberi manfaat kepada masyarakat, terutamanya golongan belia. Ini juga merupakan antara permintaan utama yang dikemukakan kepada saya oleh mereka,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan tapak dan perbincangan projek berkenaan di Apau Koyan, Sungai Asap, semalam.

Menurut beliau, pusat sehenti itu bertujuan menyediakan kemudahan kekal bagi menyokong pertumbuhan perniagaan kecil hingga berskala besar di kawasan terbabit.

“Harapan kami adalah agar projek ini dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk, mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor keusahawanan, menggalakkan pengeluaran serta penggunaan sumber tempatan secara optimum, dan menyokong produk usahawan tempatan,” ujarnya.

Projek ini selaras dengan visi kerajaan Sarawak untuk memperkasa ekonomi luar bandar melalui penyediaan infrastruktur keusahawanan dan penglibatan aktif komuniti setempat.

Turut hadir Ketua Seksyen Pembangunan Infrastruktur Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Abdul Razak Morshidi, wakil Pejabat Residen Kapit, Sebastian Siba, wakil Pejabat Daerah Belaga, SAO Jupitar Janin, wakil Majlis Daerah Kapit, Abdul Aziz Zainal Abidin serta wakil JKR Bahagian Kapit, Banting Johnical.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PBB anjur program Gawai bersama Timbalan Premier Sarawak di Bintulu
Next: Awang Tengah santuni keluarga Allahyarham Effendi Majid di Bukit Puan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.