
SIBU: Sibu Buddhist Lodge akan menganjurkan kempen derma darah pada Sabtu ini bertempat di premisnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.
Kempen tersebut dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu dan akan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Penganjuran kempen ini bertujuan membantu Bank Darah Hospital Sibu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pesakit di hospital berkenaan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti derma darah ini boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman