Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perkhidmatan penerbangan terjejas susulan ketegangan India-Pakistan
  • GLOBAL

Perkhidmatan penerbangan terjejas susulan ketegangan India-Pakistan

Utusan Sarawak 3 days ago
PENUMPANG menunggu di lapangan terbang Antarabangsa Jinnah selepas semua penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan di Karachi pada 7 Mei 2025. Angka kematian akibat serangan India di Pakistan telah meningkat kepada lapan, kata jurucakap tentera negara itu pada 7 Mei, ketika India melepaskan peluru berpandu ke wilayah Pakistan dan Islamabad berikrar untuk “menyelesaikan skor”.
FOTO AFP

NEW DELHI: Perkhidmatan penerbangan antarabangsa dan domestik di Asia Selatan terjejas susulan ketegangan yang berterusan antara India dan Pakistan.

Penerbangan awam di Lapangan Terbang Srinagar, wilayah Jammu dan Kashmir yang ditadbir India digantung, manakala Pakistan menutup ruang udaranya selama 48 jam.

Syarikat penerbangan India pada Rabu turut memaklumkan perkhidmatan mereka terjejas di beberapa lapangan terbang di utara dan barat India akibat sekatan ruang udara.

Antara lokasi yang terkesan termasuk Jammu, Leh, Jodhpur, Amritsar, Bhuj, Bikaner, Jamnagar, Chandigarh dan Rajkot.

Sekolah-sekolah turut ditutup di wilayah Punjab, Pakistan serta kawasan sempadan di India.

Ketegangan antara kedua-dua negara yang mula memuncak sejak bulan lalu bertambah buruk pada awal Rabu susulan laporan mengenai serangan udara rentas sempadan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Gaza dihentikan serta-merta, bangkit isu kebuluran dan pengusiran
Next: China mahu adakan rundingan perdagangan – Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.