Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Vesel tangki ditahan APMM Miri gagal lapor pertukaran nakhoda
  • Utara
  • WILAYAH

Vesel tangki ditahan APMM Miri gagal lapor pertukaran nakhoda

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN….Empat kru vesel ditahan untuk siasatan lanjut. 

MIRI: Sebuah vesel tangki yang didapati gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan ketika diperiksa ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri, semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, vesel tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 1.7 batu nautika barat laut Kuala Baram, di sini.

“Vesel tangki berkenaan telah ditahan pasukan peronda bot Maritim Malaysia semasa melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 sekitar 10.10 pagi, semalam.

“Seramai empat kru termasuk seorang nakhoda yang terdiri daripada tiga warga tempatan dan seorang warga India berumur lingkungan 24 hingga 76 tahun berada di atas vesel semasa pemeriksaan dijalankan,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Khairol, kesemua mereka ditahan dan vesel tersebut diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Miri untuk siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal melaporkan pertukaran nahkoda kepada pegawai pelabuhan semasa diperiksa,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPWS terus perkasa peranan wanita selaras aspirasi pembangunan negeri
Next: Program Perkasa Komuniti beri pendedahan kepada masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.