
KUCHING: Sebuah stor penyimpanan milik Kilang Madaya Sdn Bhd di Jalan Bintawa Village di sini dilaporkan terbakar dalam satu insiden, pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.29 pagi.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya segera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira enam kilometer dari balai, dengan bantuan tambahan daripada BBP Padungan,” katanya dalam kenyataan awal.
Kebakaran dipercayai melibatkan sebuah stor penyimpanan plastic bowl toilet, dan maklumat awal turut memaklumkan bahawa Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sedang dalam perjalanan ke lokasi sebaik panggilan diterima.
Operasi pemadaman diketuai oleh Komander Operasi, PBK I Daniel Teo.
Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Oleh Amanda L.