
SIBU: Dua individu berdepan detik cemas apabila kereta yang mereka naiki musnah dalam kebakaran di Jalan Oya Lama, di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 10.44 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta telah terbakar 100 peratus. Kedua-dua mangsa pemandu dan penumpang berjaya keluar dengan selamat. Tiada mangsa yang terlibat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Akun Giman