
SARIKEI: Seekor anak ular sawa ditemui melingkar di geriji tingkap tandas salah sebuah premis berjaya ditangkap oleh pihak bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.12 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Alffian Sahmat bergegas ke lokasi di Jalan Masjid Lama.
“Setibanya di lokasi, didapati anak ular sawa masih berada di geriji tingkap tandas tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 16 minit.
“Ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 6.32 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek