Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Nouran Gohar sekat misi kejuaraan kedua Sivasangari
  • SUKAN

Nouran Gohar sekat misi kejuaraan kedua Sivasangari

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMAIN skuasy wanita negara S. Sivasangari. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini tidak kesampaian selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia Nouran Gohar dari Mesir pada aksi final Piala Grasshopper 2025 di Zurich, Switzerland, hari ini.

Dalam pertarungan sengit selama 42 minit di gelanggang kaca Zurich Hauptbahnhof, pemain pilihan ketiga kejohanan itu memberi tentangan hebat sebelum tunduk 7-11, 12-14, 9-11 kepada juara pilihan utama kejohanan berkenaan.

Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut buat pemain berusia 26 tahun itu kepada Nouran sejak pertemuan sulung mereka di pusingan ketiga Kejohanan Terbuka Antarabangsa El Gouna 2021.

Piala Grasshopper yang merupakan kejohanan bertaraf emas di bawah Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA), menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak USD123,000 (kira-kira RM538,000) bagi kategori lelaki dan wanita.

Februari lalu, Sivasangari muncul juara Piala Cincinnati Gaynor, Amerika Syarikat, selepas menewaskan pemain tuan rumah Amanda Sobhy dalam aksi lima set, 11-7, 6-11, 7-11, 11-7, 11-4.  -Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tangkapan Black Marlin seberat 230kg cipta sejarah cabaran memancing laut dalam Labuan
Next: Gol Hojlund selamatkan Man United di Bournemouth

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.