Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan pertama petugas Tabung Haji selamat tiba di Madinah
  • SEMASA

Pasukan pertama petugas Tabung Haji selamat tiba di Madinah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PASUKAN pertama petugas Lembaga Tabung Haji (TH) musim 1446H/2025M selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di sini kira-kira 8.10 malam waktu tempatan. Pasukan yang terdiri daripada 74 individu termasuk pengamal media, petugas kebajikan dan petugas teknologi maklumat dibawa ke tempat penginapan yang terletak di Roha Al-Madinah. FotoBERNAMA

MADINAH: Pasukan pertama petugas Lembaga Tabung Haji (TH) musim 1446H/2025M selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di sini kira-kira 8.10 malam, semalam (waktu tempatan).

Pasukan terdiri daripada 74 individu termasuk pengamal media, petugas kebajikan dan petugas teknologi maklumat itu dibawa ke tempat penginapan terletak di Roha Al-Madinah.

Petugas haji berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan 632 petugas yang digerakkan ke Arab Saudi secara berperingkat bermula semalam bagi membuat persiapan awal operasi haji pada musim ini.

Turut dibawa stok makanan bahan kering termasuk kicap, bihun, belacan dan sos cili bagi kegunaan tukang masak di sini menyediakan hidangan dengan citarasa Malaysia kepada petugas sepanjang berada di tanah suci.

TH menempatkan petugas haji di tanah suci secara menyeluruh merangkumi pelbagai sektor termasuk pengurusan maktab dan zon, kesihatan, bimbingan ibadat haji dan ziarah, kewangan, media, pengangkutan, sajian, bagasi, khidmat pelanggan dan sebagainya.

Terdapat dua kumpulan petugas utama bagi musim haji tahun ini iaitu 358 Petugas Rombongan Kebajikan dan 274 Petugas Rombongan Perubatan.

Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci dijadualkan bermula 29 April manakala penerbangan terakhir adalah pada 1 Jun depan, dengan hari wukuf iaitu 9 Zulhijjah dijangka, 5 Jun ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bas sampai Bau, laluan baharu Q08B kini beroperasi
Next: AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.