Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan Berkualiti di pedalaman jadi keutamaan – John Sikie
  • PENDIDIKAN

Pendidikan Berkualiti di pedalaman jadi keutamaan – John Sikie

Utusan Sarawak 2 weeks ago
TINJAUAN MESRA… Dato Sri John Sikie Tayai bersama wakil MLNG dan warga sekolah meninjau kemudahan yang disumbangkan sempena program tersebut.

TATAU: Pendidikan berkualiti di kawasan pedalaman harus menjadi keutamaan dalam usaha membina masa depan negara yang lebih inklusif dan seimbang.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, berkata pendidikan merupakan tunjang utama kepada kemajuan masyarakat dan negara, justeru akses kepada pembelajaran berkualiti tidak boleh hanya tertumpu di kawasan bandar semata-mata.

“Melalui program seperti MLNG Bestari, kita dapat terus membuka ruang dan memastikan anak-anak di kawasan pedalaman mengecapi peluang pendidikan yang berkualiti tanpa rasa tersisih.

“Saya yakin dengan sokongan semua pihak, kita mampu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berintegriti dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Memperkasakan Ilmu: Program Jangkauan Luar MLNG Bestari di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tau, Sungai Anap, pagi tadi.

Dalam ucapannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) atas komitmen berterusan dalam memperkukuh pendidikan luar bandar, yang disifatkannya sebagai contoh terbaik kerjasama antara sektor korporat dan komuniti.

“Usaha murni ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi pihak MLNG terhadap pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar, tetapi juga melambangkan semangat keprihatinan korporat yang mendalam terhadap masyarakat setempat.

“Program ini menjadi bukti nyata bagaimana sektor korporat dan komuniti dapat berganding bahu demi kemajuan bersama,” ujarnya lagi.

Program anjuran MLNG itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tahunan di bawah platform tanggungjawab sosial korporat (CSR) PETRONAS, yang bertujuan memperkukuh ekosistem pendidikan di kawasan luar bandar menerusi sumbangan peralatan pembelajaran dan sokongan digital.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak tegas sokong Sekolah Menengah Persendirian Cina – Roland Sagah
Next: Lebih setahun tertangguh, Razi desak KPM percepat perolehan perabot SK Sebemban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.