Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1, 241 terima baucar BSH, BPN, BKSS
  • TEMPATAN

1, 241 terima baucar BSH, BPN, BKSS

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUN PADANG… Chee Kadir hadir ke lokasi bagi melihat sendiri perjalanan program penyampaian bantuan di Dewan Balai Polis Kabong semalam.

KABONG: Seramai 1, 241 penerima baucar bagi Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sarawakku Sayang (BSS) telah menerima bantuan tersebut di Dewan Balai Polis Kabong semalam.

Penerima berkenaan adalah dari sekitar Daerah Kabong, Roban dan sebahagian dari Saratok.

Penerima bantuan dari Saratok adalah merupakan mereka yang tidak sempat menunaikan baucar bantuan semasa program yang sama diadakan di Saratok baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turut hadir ke lokasi bagi melihat sendiri perjalanan program tersebut telah melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan pengendalian program yang berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sewaktu berlangsung program pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela terlibat sama mengawal keadaan.

Orang ramai mula dibenarkan memasuki dewan 8.30 pagi dan program yang dikendalikan oleh pihak bank tempatan itu dijadualkan berlangsung sehingga 5.00 petang.

Bagaimanapun, menurut petugas di situ yang ditemui memberitahu jika masih terdapat penerima yang belum selesai menunaikan baucar, maka program akan diteruskan sehingga semua penerima selesai menunaikan baucar masing-masing.

Semasa berlangsung program keutamaan jelas mereka diberikan kepada warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) bagi memasuki dewan terlebih dahulu.

Beroperasi semasa PKPP orang ramai di lokasi juga diarah mengamalkan penjarakan sosial. Orang ramai juga dinasihatkan untuk membuat semakan nama terlebih dahulu di Pejabat Daerah Kabong sebelum ke kaunter tunai di Dewan Balai Polis Kabong bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan juga kesesakan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kerajaan buat langkah terbaik
Next: Permulaan gelombang kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.