KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
Rombongan beliau turut disertai oleh Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr. Annuar Rapaee, Pengarah Urusan PPKS, Hallman Sabri (Kedua dari kanan gambar) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Automotive and iOT Institute (MARii), Dato’ Mahari Sahari (Ketiga dari kanan gambar) dan beberapa pegawai Marii yang lain.
Kunjungan hormat berkenaan adalah bagi membincangkan beberapa projek cadangan dan jalinan kerjasama yang boleh diterokai oleh pihak PPKS, MARii dengan Kerajaan Negeri Sarawak.