Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Finas saran industri perfileman tembusi pasaran Asia sebelum intai Oscars
  • HIBURAN

Finas saran industri perfileman tembusi pasaran Asia sebelum intai Oscars

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac

KUALA LUMPUR: Industri perfileman tempatan disaran memfokuskan pada pasaran Asia terlebih dahulu sebelum menyasarkan pentas antarabangsa seperti memenangi Oscars.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac, berkata meskipun impian untuk merangkul anugerah di Academy Awards itu adalah satu matlamat murni, pendekatan berfasa perlu diambil dengan memanfaatkan pasaran serantau terlebih dahulu.

“Kita selalu bercakap mengenai Oscars, sasar kepada Oscars… tapi (pada) pandangan saya, cuba tembusi pasaran Asia dulu. Kita cuba menang (anugerah) peringkat Asia, (tembusi) pasaran Asia, kemudian baru tengok pada Oscars,” katanya ketika ditemui di Wisma Bernama, di sini, semalam.

Hans, berkata adalah lebih praktikal untuk memperkukuh kedudukan dalam kalangan penonton di Asia Tenggara dan Asia secara umum sebelum melangkah lebih jauh ke pentas global.

“Kita nak terus ke Oscars ini… saya rasa ini agak sukar buat masa sekarang. Kena ada proses,” kata beliau.

Sementara itu, mengenai pelantikannya sebagai Pengerusi Finas, Hans menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil kepada beliau dan berjanji untuk memberikan yang terbaik demi kepentingan industri seni tanah air.

“Saya berharap sekurang-kurangnya lima atau enam isu utama dalam industri kreatif dapat diselesaikan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini,” katanya. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Rakaman lagu tema ‘Telaga Suriram’ ambil masa kurang 30 minit – Siti Nurhaliza
Next: Qodrat 2 mula ditayangkan di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.