Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sze Fei-Nur Izzuddin mara, teruskan rentak cemerlang
  • SUKAN

Sze Fei-Nur Izzuddin mara, teruskan rentak cemerlang

Utusan Sarawak 2 months ago
AKSI beregu utama lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani semasa menentang pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh pada saingan suku akhir BAC 2025 di Ningbo, China hari ini. Foto FB Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

KUALA LUMPUR: Beregu utama lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China, hari ini.

Dalam aksi pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, pilihan pertama kejohanan itu mengambil masa 48 minit untuk mengetepikan pasangan Thailand, Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dengan kemenangan 21-18, 22-20.

Mereka dijadual menentang pasangan tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Turut mengiringi kemaraan ialah beregu kedua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tidak berdepan masalah menundukkan gandingan India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi, 21-15, 21-14.

AKSI beregu kedua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik semasa menentang gandingan India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi pada saingan suku akhir BAC 2025 di Ningbo, China hari ini. Foto FB Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Juara dunia 2022 itu bakal berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Nasib tidak menyebelahi Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, 12-21, 21-16, 18-21.

Satu lagi pasangan negara, Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi turut gagal melangkah selepas tunduk kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-17, 14-21, 11-21.

Dalam saingan beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tidak berjaya mencipta kejutan apabila mudah ditundukkan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 5-21, 13-21. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool ke Jepun untuk aksi jelajah Asia
Next: Olimpik LA 2028 tambah 22 acara pingat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.