
MIRI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan kunjungan Aidilfitri hari ketujuh ke rumah terbuka Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus di Taman Bumiko, di sini hari ini.
Ketibaan Premier Sarawak disambut oleh Datuk Rosey Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu bersama suaminya Abit Sulong dengan dipersembahkan pencak silat.
Kunjungan Abang Johari itu untuk menyantuni rakyat sempena sambutan Aidilfitri pada Syawal ketujuh.
Kunjungan itu turut diiringi oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin dan beberapa pemimpin tempatan.
Di pekarangan kediaman Rosey, Abang Johari disambut dengan penuh mesra, menggambarkan eratnya hubungan antara pemimpin dan rakyat.
Kunjungan hari ini bukan sahaja menghidupkan tradisi ziarah, tetapi turut memperlihatkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang di Miri, menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai jambatan perpaduan yang kukuh.
Kunjungan Aidilfitri Premier Sarawak terusnya menaiki pesawat ke majlis Ramah Tamah Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) 11.30 pagi di Pekarangan Balai Raya, Assyakirin Bintulu.
Jadual seterusnyake Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PERYATIM dan Pengisytiharan Nama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman (KKDAR) Bintulu pada 3.00 petang di Kompleks Kebajikan Anak-Anak Yatim Bintulu.
Oleh Adum Liu