Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Langgar belakang treler, dua lelaki terselamat dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Langgar belakang treler, dua lelaki terselamat dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 2 months ago
PASUKAN bomba mengeluarkan seorang penumpang yang tersepit dalam kenderaan dinaikinya yang melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan berhampiran perhentian bas Batu 42, Jalan Sibu-Selangau. Foto PGO JBPM Sarawak

SELANGAU: Dua lelaki berusia lingkungan 30-an terselamat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sibu-Selangau lewat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.30 malam sebelum menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Axia yang melanggar belakang sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan berhampiran perhentian bas Batu 42, Jalan Sibu-Selangau.

“Terdapat dua mangsa dalam kejadian itu, dengan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penumpang mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) bertindak memasang ‘cervical collar’ pada mangsa sebelum mengeluarkannya menggunakan pengusung.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Selangau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Suami, isteri cedera kereta dinaiki terbabas kemudian terbakar
Next: Wanita cedera motosikal terbabas dalam parit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.