Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada rakyat Sarawak terjejas di Myanmar – Abang Johari
  • TEMPATAN

Tiada rakyat Sarawak terjejas di Myanmar – Abang Johari

Utusan Sarawak 2 months ago
JAWAB SOALAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa ditemui media pada Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak 2025 di BCCK, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Tiada rakyat Sarawak dilaporkan terjejas dalam bencana gempa bumi yang berlaku di Myanmar setakat ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak tidak menerima sebarang laporan dan data mengenai hal berkenaan.

Namun jelas beliau, kerajaan Sarawak sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) sekiranya terdapat laporan yang melibatkan rakyat Sarawak.

“Tentu sekali kita akan terus berhubung dengan KLN kerana Malaysia telahpun menghantar Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Myanmar dan kalaulah ada, pihak Kedutaan Malaysia akan segera berhubung dengan kita dan kita akan terus bekerjasama dengan KLN untuk membawa mereka balik.

“Tetapi, setakat ini saya tidak menerima sebarang data (melibatkan rakyat Sarawak),” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu kejadian gempa bumi di Myanmar yang turut menjejaskan beberapa negara jiran termasuklah Thailand tidak lain berpunca daripada perubahan iklim, memandangkan kedua-dua negara berkenaan terletak di luar lingkaran api Pasifik.

Bagi memastikan keselamatan di Sarawak terus terjamin, beliau memberitahu akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak saintis untuk mengkaji sama ada Sarawak terdedah kepada bencana ini ataupun tidak di masa hadapan.

“Disebabkan perkara seumpama inilah Sarawak mengubah dasar ke arah kelestarian alam sekitar untuk kita mengawal keadaan yang semakin terjejas hari ini.

“Saya agak hairan kerana Myanmar dan Thailand terletak di luar lingkaran api Pasifik tetapi gempa bumi berlaku jua, bermakna ada satu pergolakan tanah dan geologi berlaku.

“Saya akan menyerahkan kepada pihak saintis untuk mengkaji supaya kita kedudukan kita mengenai perkara ini,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan tenaga hijau dalam memastikan alam sekitar terus terjaga, malah ia merupakan pemangkin utama untuk membangunkan Sarawak sebagai wilayah maju menjelang 2030. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 𝗧un Wan Junaidi, 𝗧𝗼𝗵 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 k𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 h𝗮𝗱𝗶𝗿 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 𝗣𝗿𝗲𝗺𝗶𝗲𝗿 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸
Next: Ibu pejabat MASWings akan beralih ke Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.