Stor penyimpanan kayu, barangan lusuh terbakar

Facebook
WhatsApp

MIRI: Sebuah stor penyimpanan kayu dan barangan lusuh terbakar dalam kejadian di Jalan Halia, Kampung Pangkalan Lutong di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah, berkata kebakaran itu melibatkan stor berstruktur tidak kekal dan telah terbakar keseluruhan.

“Kebakaran berjaya dikawal sekitar 7.55 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 8.05 pagi,” katanya di sini.

Henry, berkata setelah selesai pemadaman dan memeriksa lokasi kebakaran yang berada dalam jarak empat kaki dari struktur rumah , didapati keadaan selamat dan kebakaran tiada melibatkan mangsa.

Terdahulu, Henry, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu 7.21 pagi dan sepasukan bomba dari BBP Lutong digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak enam kilometer dari balai.

Oleh Liong Chai Ling

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut