Bomba pantau kawasan rendah berisiko banjir

Facebook
WhatsApp
PANTAU… Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di tebingan Sungai Rajang, malam tadi. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir telah dijalankan oleh pihak bomba, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menjalankan pemantauan di tebingan Sungai Rajang. 

“Rondaan pemantauan dijalankan bermula 9.46 malam hingga 10.05 malam. 

“Dua orang anggota bomba bertugas menjalankan rondaan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, paras air di tebingan Sungai Rajang dalam keadaan terkawal. 

“Air sedang pasang dan cuaca baik semasa pihak kami menjalankan pemantauan. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan