Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ambil langkah berjaga-jaga, pastikan bekalan air cukup semasa Aidilfitri
  • TEMPATAN

Ambil langkah berjaga-jaga, pastikan bekalan air cukup semasa Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak menasihatkan pengguna supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang musim perayaan.  

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di media sosial rasmi mereka, JBALB mengingatkan bahawa penggunaan air meningkat dengan ketara semasa perayaan berikutan persiapan seperti memasak, membersih dan menerima tetamu dalam jumlah yang lebih ramai daripada biasa. 

“Bagi mengelakkan kesulitan sekiranya berlaku gangguan bekalan yang tidak dijangka, pengguna disarankan untuk memastikan tangki simpanan air di kediaman masing-masing berada dalam keadaan baik serta menyimpan air secukupnya lebih awal.  

“Penggunaan air secara berhemah amat penting bagi mengelakkan pembaziran, terutama ketika musim perayaan, yang mana penggunaan air meningkat dengan ketara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

JBALB berharap langkah tersebut dapat membantu memastikan kelancaran penggunaan air sepanjang musim perayaan dan mengurangkan risiko kesulitan kepada pengguna. 

“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi JBALB Sarawak atau melayari laman web rasmi mereka di [https://jbalb.sarawak.gov.my](https://jbalb.sarawak.gov.my),” ujarnya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pertandingan Pintu Gerbang, Keceriaan meriahkan Malam Tujuh Likur
Next: IoT rangsang revolusi pertanian DUN Mambong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.