Lelaki patah kaki kanan selepas motosikal bertembung dengan kereta

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KEADAAN kemalangan di di Simpang Bekenu Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, 8.30 malam.

BEKENU: Seorang lelaki patah kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Simpang Bekenu Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, 8.30 malam tadi.

Utusan Sarawak di lokasi kejadian malam tadi difahamkan kejadian itu berlaku apabila sebuah kereta dari arah Miri ke Niah telah bertembung dengan motosikal yang dinaiki mangsa.

Akibat pertembungan tersebut telah mengakibatkan mangsa melambung ke bumbung kereta dan jatuh ke tengah jalan.

BANTUAN…Kelihatan orang awam berada di lokasi kejadian turut memberi bantuan kepada pihak Klinik Kesihatan Bekenu untuk mengangkat mangsa ke dalam ambulans.

Identiti mangsa masih belum dikenal pasti, pihak polis Bekenu telah menyerahkan mangsa kepada pihak Klinik Kesihatan Bekenu untuk rawatan dan dihantar ke Hospital Miri.

Sementara itu, pemandu kereta merupakan seorang wanita bersama seorang penumpang yang membawa bayinya didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.
Oleh Adum Liu