
MIRI: Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sini.
Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di tepi Jalan Emart Teknologi Park, Lorong 6A, sekitar 5.45 petang semalam.
Suspek ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerusi Ops Pintu.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah pecah rumah untuk tampil membantu siasatan.
Oleh Liong Chai Ling