

LIMBANG: Seorang nelayan berdepan detik cemas ekoran diserang Sang Bedal ketika memancing ikan di tebing sungai di Kampung Mengatai, malam tadi.
Mangsa, Hasnan Limon, 45, mengalami kecederaan di bahagian paha kiri dalam insiden yang berlaku 11.00 malam berkenaan.
Adik mangsa, Radimah Limon, 37, memberitahu bahawa ketika kejadian, abangnya memancing di atas sebatang kayu di tebing sungai seorang diri.
“Ketika menurunkan kailnya, tiba-tiba buaya bersaiz agak besar menyambar paha kiri abang saya.
“Terkejut dengan kejadian itu, abang saya segera menelefon rakannya untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada media hari ini.
Abangnya kini sedang dirawat di rumah.
Menurutnya, abangnya kini masih trauma sejak insiden hitam yang pertama kali dialaminya sejak bergelar nelayan.
OLEH ADENG EDRUS